Tuesday, 13 July 2010
Sunday, 28 March 2010
Laporan Program "Team Building NISA'"
Ikuti laporan seterusnya untuk mendapat lebih maklumat berkaitan program lawatan ke rumah-rumah yang dinamakan sebagai NISA' Kindness
Friday, 26 March 2010
Untukmu Wanita
Assalammua’laikum wrt wbt…
Adalah dengan segala hormatnya, menjemput Datin/puan/ustazah/cik ke program Program ”Untukmu Wanita” yang akan dianjurkan oleh Nisa’ Bintulu dan Biro Hal Ehwal Keluarga dan Wanita Yayasan AMAL Malaysia cawangan Sarawak seperti yang dinyatakan dalam butiran berikut:
Tarikh : 28 Mac 2010 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang
Tempat : Balai Raya Kampung Jepak
Tentatif Program | |
08.00 pagi | Sarapan Pagi Pendaftaran peserta |
08.30 pagi | Ucapan alu-aluan MC Bacaan Doa |
08.35 pagi | Nasyid |
08.40 pagi | Ucapan Pengerusi Nisa’ Bintulu |
08.50 pagi | Ucapan Perasmian oleh Perasmi |
09.00 pagi
| Slot Penerangan NISA’: - “Nisa’ Connecting Youth” - Apa itu NISA’ - Pembentangan peranan Nisa’ |
09.30 pagi | Tayangan: Montaj Nisa’ Malaysia |
09.40 pagi | Modul Teambuilding I |
10.50 pagi | Tayangan: Montaj Nisa’ Bintulu |
11.00 pagi | Modul Teambuilding II |
12.45 tghari
| Makan Tengah Hari Solat Zohor |
01.30 ptg | Modul Teambuilding III (Penutup) |
03.00 ptg | Nisa’ Kindness |
05.00 petang | Minum Petang Solat Asar Bersurai |
|
Program ini terbuka kepada kaum wanita yang berada di sekitar Bintulu.
Mohon jasa baik untuk sebarkan maklumat ini untuk manfaat umat Islam di Bintulu.
Sunday, 14 March 2010
TEAM BUILDING NISA'
BERSAMA NISA' MALAYSIA CAWANGAN BINTULU
PROGRAM
TEAM BUILDING NISA'
Bertemakan "UNTUKMU WANITA"
Program ini menjanjikan suatu program menarik yang harus disertai.
Saturday, 6 March 2010
KUCARI BAHAGIA ABADI...
Di mana? Di sisi Tuhan...
Firman Allah, maksudnya: Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Berkuasa melakukan sekehendak-Nya (Surah Al Qamar 54:55)
Bagaimana?
Dengan Mengutamakan akhirat...
Firman Allah, maksudya: Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintan- perintah Allah yang membawa kebahagian dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat) dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan.(Surah Al Baqarah :86)
Dengan Sabar dan Takwa
Firman Allah, maksudnya: Oleh itu bersabarlah, sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagian di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertakwa.
(Surah Hud: 49)
Monday, 1 March 2010
ZIARAH HOSPITAL
Bintulu, 28 Februari 2010 – Nisa' Bintulu dengan kerjasama Bintulu Iqra' Center dan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak telah menganjurkan ziarah ukhuwwah ke Wad Wanita Hospital Bintulu. Rombongan disertai kira-kira 25 orang sukarelawan yang terdiri daripada kalangan jurutera, guru dan juga mahasiswi yang berkhidmat di sekitar Bintulu. Semua sukarelawan Nisa' berkumpul di premis BIC seawal 8.15 pagi untuk sesi taklimat sebelum bersama-sama bertolak ke hospital berkenaan.
Setibanya di wad tersebut, para sukarelawan diberi penerangan ringkas oleh jururawat bertugas sebelum menziarahi dan beramah mesra dengan para pesakit di wad berkenaan. Seramai 56 pesakit di Wad Wanita Hospital Bintulu menerima kunjungan mesra sukarelawan Nisa' Bintulu. Antara objektif utama ziarah ini dianjurkan adalah untuk membina ukhuwwah tanpa mengira kaum,bangsa mahupun latar belakang individu. Program seumpama ini merupakan satu platform terbaik buat kaum wanita bersama-sama menjalankan aktiviti kebajikan di samping meningkatkan silaturrahim dengan masyarakat setempat.
Diharapkan ziarah kali ini menjadi pemangkin kepada usaha-usaha menggerakkan kerja-kerja kebajikan dan dakwah di Bumi Bintulu ini. Insyaallah..