Monday 1 March 2010

ZIARAH HOSPITAL


Bintulu, 28 Februari 2010 – Nisa' Bintulu dengan kerjasama Bintulu Iqra' Center dan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak telah menganjurkan ziarah ukhuwwah ke Wad Wanita Hospital Bintulu. Rombongan disertai kira-kira 25 orang sukarelawan yang terdiri daripada kalangan jurutera, guru dan juga mahasiswi yang berkhidmat di sekitar Bintulu. Semua sukarelawan Nisa' berkumpul di premis BIC seawal 8.15 pagi untuk sesi taklimat sebelum bersama-sama bertolak ke hospital berkenaan.

Setibanya di wad tersebut, para sukarelawan diberi penerangan ringkas oleh jururawat bertugas sebelum menziarahi dan beramah mesra dengan para pesakit di wad berkenaan. Seramai 56 pesakit di Wad Wanita Hospital Bintulu menerima kunjungan mesra sukarelawan Nisa' Bintulu. Antara objektif utama ziarah ini dianjurkan adalah untuk membina ukhuwwah tanpa mengira kaum,bangsa mahupun latar belakang individu. Program seumpama ini merupakan satu platform terbaik buat kaum wanita bersama-sama menjalankan aktiviti kebajikan di samping meningkatkan silaturrahim dengan masyarakat setempat.

Diharapkan ziarah kali ini menjadi pemangkin kepada usaha-usaha menggerakkan kerja-kerja kebajikan dan dakwah di Bumi Bintulu ini. Insyaallah..

No comments:

Post a Comment