Saturday 6 February 2010

TEMURAMAH BERSAMA PENGERUSI NISA' BINTULU


Assalamualaikum, sebagai permulaan temuramah kita, boleh Cik Hafsah menceritakan sedikit serba sedikit latar belakang sejarah pertubuhan NISA' Malaysia?
Nisa Malaysia bermula pada 23 Mei 2005, merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang memberi tumpuan kepada remaja wanita dan wanita muda tanpa mengira bangsa dan agama. Konsep yang dibawa oleh NISA' Malaysia adalah mudah iaitu membantu semua yang menghadapi masalah dan memerlukan perkhidmatan bimbingan berterusan menuju kejayaan.

Pergerakan NISA' di Bintulu tidak lagi dipandang asing, namun begitu tidak ramai yang mengetahui apakah misi Nisa', bolehkah Cik terangkannya?
Misi NISA', NISA' berhasrat melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu dan berakhlak mulia.
Misi NISA' ini akan tercapai melalui program-program yang dirancang dengan teliti, disemai dengan kasih sayang, dan disampaikan dengan penuh keikhlasan.

Apakah terdapat had umur bagi sesiapa yang ingin menganggotai pergerakan NISA' dan siapakah yang menerima manfaat dari pergerakan NISA'?
Kita menetapkan keanggotaan NISA' adalah wanita yang berusia 15 tahun hingga 40 tahun. Ini ditetapkan agar pendekatan, penampilan, pengisian dan program yang diatur adalah bersesuaian dengan wanita yang berada dalam lingkungan umur ini. Pun begitu, dari segi golongan wanita yang menerima manfaat kehadiran Nisa adalah semua lapisan samaada umur, dari bayi, kanak-kanak, remaja hinggalah wanita dewasa.
Sebagai soalan yang terakhir dalam temuramah pada kali ini, apakah harapan saudari selaku Pengerusi NISA' Bintulu?
Kami menyeru seluruh wanita sama ada remaja atau wanita muda untuk bersama-sama kami dalam menjayakan misi NISA' iaitu melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu dan berakhlak mulia.Dikesempatan yang ada ini juga saya ingin menyeru kepada remaja dan wanita untuk berdaftar selaki ahli sukarelawan NISA' atau setidak-tidaknya bersama menjayakan aktiviti yang dianjurkan. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment